Cinta biar kerana Allah :')

Assalamualaikum!                                                                                                                            Dahulu ana terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisan ana kali ini. Baru ana sadar nikmat air mata dan kesedihan yang ana alami ini mendekatkan diri ana pada yang lebih layak iaitu Allah SWT. 

Kini ana merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya ana lalui supaya ana merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mau menguji ana dengan menjauhkan ana dengan orang yang ana sayangi, kerana Allah mau diri ana dekat dengannya. 

Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ana rindu untuk bertemu denganNya, ana ridha dan pasrah karena Allah lebih ana cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi. 

Ana juga yakin, semua ini pasti berakhir  dengan kebahagiaan ana yakin yang 'dia' sedang menunggu ana dan pasti menjemput ana pada suatu saat nanti. Ana yakin dengan ayat Allah SWT ini, 

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."(Surah an-Nur, ayat 26)

Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna. 

"*"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)*"
Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya  kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal, seperti yang ana pernah kata, mengikut syariatNya. Ana juga bukan perempuan yang sempurna sering melakukan kesalahan terhadap orang ramai dah Allah, tapi ana sedar dan ana akan cuba kembali ke jalan yang benar. Ana amat merindui dia dan ana harap dia akan selalu selamat di jauh nun sana :') doa eisya untuk awak tak pernah berhenti ^^ teruslah berdoa agar pada satu masa kita akan bersama! wallahuallam.. itu saja untuk hari ni :)                                                                                                  jaga diri, jaga iman, fi hifzillah! assalamualaikum..                                                                                 *  

No comments:

Post a Comment